Proses Penghasilan Madu

Proses pertama bagi penghasilan madu kelulut ialah lebah kelulut akan hinggap dan ‘menyedap’ atau mengumpul nectar (madu bunga) daripada bunga-bunga dan juga pokok buah-buahan seperti pisang, kelapa dan banyak lagi yang berada di sekeliling lebah-lebah kelulut. Kemudian, lebah-lebah kelulut atau dikenali sebagai ‘pekerja’ akan mengambil madu bunga tersebut dengan mencampurkan air liur mereka bersama-sama. Bunga madu tersebut akan dibawa balik kepada sarang mereka dalam bentuk jenis sarang semut, buluh ataupun kotak empat segi buatan manusia yang dibina menggunakan bahan kayu oleh penternak lebah kelulut. Kotak kayu mempunyai tangkai untuk membantunya berdiri dan mengelakkan musuh daripada membuat serangan ke atas sarang lebah kelulut.




Lebah-lebah kelulut terlebih dahulu memasuki sarang mereka melalui muncung yang dibina oleh mereka. Muncung yang dibina oleh lebah kelulut diperbuat daripada cerumen, dengan mencampur lilin lebah dihasilkan dari perut mereka dengan damar yang diambil daripada tumbuh-tumbuhan. Bentuk-bentuk muncung bergantung kepada jenis lebah kelulut. Sebagai contoh, lebah kelulut ‘Heterotrigona itama’ dan ‘Geniotrigona thoracica’ mempunyai bentuk muncung yang berbeza. Selepas memasuki muncung, lebah akan mengeluarkan madu yang di ambil dan disimpan di dalam ‘pot’ yang dibina di dalam sarang mereka untuk di jeruk supaya menjadi matang dalam beberapa hari. Seterusnya, ‘pot’ tersebut akan ditutup oleh lebah kelulut selepas isinya dipenuhi dengan madu. Walaubagaimanapun, beberapa minggu diperlukan untuk menghasilkan ‘pot’ madu. 

                                                    

                      




 Muncung-muncung Lebah kelulut


Sarang-sarang lebah kelulut juga berlainan di antara satu sama lain, ianya sekali lagi tertakluk kepada jenis lebah kelulut seperti ‘Tetrigona Binghami’ dan ‘Heterotrigona itama’.

Terdapat 3 jenis sarang propolis iaitu lembut, keras dan kristal, sebagai contoh, ‘Geniotrigona thoracica’ mempunyai sarang propolis keras dan ‘Heterotrigona itama’ mempunyai sarang propolis lembut. Bahagian luar penutup sarang diperbuat daripada bitumen, iaitu campuran damar padat dan propolis.




Sarang Lebah Kelulut

Propolis dihasilkan daripada damar atau getah tumbuhan yang dikumpulkan daripada lebah kelulut dan dicampurkan dengan zat dan enzim dalam badan lebah kelulut. Fungsinya ialah untuk melindungi koloni lebah kelulut daripada serangan musuh seperti cicak, semut, katak dan sebagainya. Selain itu, sifatnya yang melekit juga bertujuan memberikan sokongan kepada struktur koloni lebah kelulut. Propolis juga bertanggungjawab mengekalkan kelembapan di dalam koloni lebah kelulut dan melindungi koloni daripada cuaca yang melampau. Di samping itu, bahan buatan manusia seperti plastik yang kuat juga digunakan ditutup diatas kotak kayu bagi mengelakkan air dan musuh untuk masuk ke dalam sarang lebah kelulut.



Terdapat 3 komponen penting yang dihasilkan oleh lebah kelulut iaitu madu, propolis dan ‘bee bread’ ataupun roti lebah.

Selepas propolis lebah kelulut dituai, ia perlu di bersih dan diproses untuk menghasilkan propolis yang tulen. Madu dan bee bread dalam propolis hendaklah dituai dahulu dan diasingkan bagi memudahkan proses pengekstrakan dan penulenan.

Pengekstrakan propolis daripada lebah kelulut boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan air suling dan menggunakan pelarut organik (etanol). Kedua-dua pengekstrakan akan memberikan hasil yang berbeza.


Klik link dibawah bagi melihat proses penghasilan madu kelulut:

https://drive.google.com/file/d/1LGpjZt2zuiL6ZeBzTdt0LiQevbVy5SFs/view?usp=sharing


Tempat-tempat pemeliharaan lebah kelulut:

https://drive.google.com/file/d/1dFYBos_StPIa6FzRHyZepQ93-C3q-m6-/view?usp=sharing

Comments

Popular Posts