Proses Penuaian Madu Kelulut
Dalam proses penuaian Madu Kelulut, terdapat beberapa teknologi yang telah diciptakan khas untuk memudahkan dan menjimatkan masa seseorang dalam proses penuaian Madu Kelulut. Di antara teknologi itu ialah dengan mengunakan Picagari Madu Kelulut (Stinglessbee Honey syringes) dan mesin Pam Madu Kelulut (Stingless Bee Honey Pump Machine). Teknologi-teknologi ini sering diguna pakai oleh pengusaha-pengusaha komersial madu kelulut dan komuniti-komuniti penternak lebah Kelulut yang digelar sebagai “ Meliponikultur”.
Picagari Madu Kelulut (Stingless Bee Honey syringes)
Teknologi ini ialah teknologi pertama yang diciptakan untuk kegunaan penuaian Madu Kelulut. Ianya sama seperti picagari biasa yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi tetapi telah diubahsuai dengan menyambung kan tiub kecil yang kira-kira panjangnya sekitar 5 sentimeter dengan tujuan untuk memudahkan pengguna untuk memasukkan tiub itu ke dalam kantung Madu dan menyedut madu tersebut. Cara pemakaian picagari ini dengan mengunakan pencungkil gigi untuk menggoyakan kantung madu lalu memasukkan tiub picagari itu dan menyedut madu yang berada didalam kantung tersebut.
Mesin Pam Madu Kelulut (Stingless Bee Honey Pump Machine)
Teknologi ini diciptakan bagi mengganti kan kaedah yang lama iaitu picagari. Tujuan mesin ini di cipta ialah ianya dapat membantu penternak-penternak lebah Kelulut mengumpul madu dengan lebih mantap dari segi isi padu, menjimatkan masa dan mengurang kan tenaga pekerja. Mesin ini sering digunakan oleh pengusaha-pengusaha komersial kerana mereka memerlukan madu kelulut dengan jangka masa yang singkat untuk memudahkan mereka untuk memasarkan madu tersebut. Mesin ini menggunakan tenaga elektrik dari bateri dan tersedia dengan botol. Cara pengunaannya hampir sama dengan picagari iaitu dengan menggoyakan kantung madu dan memasukkan tiub ke dalam kantung tersebut. Perbezaannya hanya dari cara penyedutan yang mana mesin ini menyedut madu secara automatik.
Comments
Post a Comment