Kesimpulan
Secara kesimpulan dan pada dasarnya, madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan. Antara khasiat madu ialah penawar kepada masalah batuk, meningkatkan sel darah merah dalam badan, melembapkan kulit dan pelbagai lagi. Selain dimakan mentah, madu juga digunakan dalam produk kecantikan. Ini membuktikan bahawa madu bukan sahaja berfungsi sebagai penawar dalaman tetapi juga boleh digunakan melalui penggunaan luaran.
Meskipun dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang kecil, namun semangat bekerja-nya cukup hebat. Bayangkan lebah daripada sarang yang sama akan melawat lebih kurang 22,500 kuntum bunga setiap hari dan sekiranya dipecahkan mengikut kadar seekor lebah, lebih kurang 50,100 kuntum bunga sehari bagi seekor lebah. Sebanyak lebih kurang dua juta kuntum bunga perlu dicari oleh lebah bagi menghasilkan satu paun madu. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana kesungguhan lebah yang boleh melakukan tugas ini.
Manusia yang merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna dan berakal seharusnya boleh melakukan setiap pekerjaan dengan lebih baik jika mengambil iktibar daripada kisah lebah yang berdisiplin, setia dan rela berkorban. Sepertimana madu yang dihasilkan oleh lebah yang sangat bermanfaat kepada manusia. Begitulah hendaknya diri kita supaya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Lebah tidak pernah merosakkan apa-apa pun walaupun sekadar ranting pohon. Seekor binatang yang sopan dan penuh kesantunan dalam melayani apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Justeru jadilah insan yang baik dan tidak pernah menyakiti orang lain.
Seperti kata pepatah, ‘Pandanglah dengan pandangan mata lebah yang hanya melihat kebaikan di matanya bukan seperti mata lalat yang hanya mencari kekotoran sahaja’. Ungkapan yang tepat kerana lebah hanya mencari bunga yang indah sahaja untuk menghasilkan madu.
Comments
Post a Comment