Madu kelulut dari segi simbolik dan ekspresif
Dalam konteks madu, simbolik madu lebih menjurus kepada rasa kemanisan yang ada terdapat di dalamnya. Kerana madu mengandungi rasa manis yang asli, ia memberi kepercayaan kepada khalayak ramai bahawa memakan atau meminum sesuatu yang manis serta asli yang diproses sendiri oleh lebah kelulut, akan memberi kesan yang positif kepada kesihatan dan kecerdasan badan serta minda.
Ekspresi madu pula, ia melambangkan kesejahteraan kepada pengguna madu, khususnya madu kelulut. Kerana penggunaan madu merupakan sebahagian daripada makanan amalan Sunnah Rasulullah S.A.W bagi kesejahteraan tubuh badan, maka secara langsung ataupun tidak, madu memberi ekspresi kepada kemakmuran terhadap pemakai madu dari segi kesejahteraan mental dan fizikal.
Sepertimana yang telah diterangkan dari Hadith Rasululullah S.A.W, dari Ibnu Umar R.A., sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialah madu”. Maka ini telah menunjukkan bahawa madu itu adalah di antara makanan yang tinggi nilainya didalam konteks Islam.
Comments
Post a Comment