Pemasaran Madu Kelulut

Madu kelulut merupakan produk terbaharu di Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 2009, lebah kelulut mula diternak di Negara Brunei Darussalam tetapi kehadirannya belum berleluasa dan orang awam belum mengetahui tentang madu kelulut. Sekarang terdapat banyak pengusaha madu kelulut terdapat di Negara Brunei Darussalam seperti Perusahaan Tasbee, Syarikat Muzayadin, Majlis Perwakilan Kampung (MPK) Jerudong dan Tungku/Katok di bawah 1K1P (Satu Kampung Satu Produk).

Sebagai contoh, 1K1P telah menubuhkan komuniti penuaian madu kelulut seperti MPK Tungku/Katok yang mula membuat perusahaan madu kelulut pada tahun 2014 dan secara rasmi dilancarkan pada tahun 2016. Selain daripada kegunaan bagi konsumsi, madu kelulut telah diusahakan menjadi kegunaan kosmetik seperti serum muka, krim dan sabun.

Bagi perusahaan madu kelulut MPK Tungku/Katok, pemasaran diperluaskan melalui rangkaian pesanan teks seperti Whatsapp, pelantar online seperti Facebook dan laman web eKadai yang baharu diperkenalkan pada tahun 2020 untuk mempamerkan dan menjual barang-barang hasil 1K1P secara online. Selain daripada itu, terdapat cara pemasaran lain seperti dijemput untuk mempamerkan hasil Madu kelulut di ekspo seperti di Airport Mall, Times Square dan Bridex. Syarikat Seri Nova juga membuat tempahan setiap minggu untuk dijual kepada pelancong. Baru-baru ini, MPK Tungku/Katok telah menyertai dalam jualan ‘Gerai Hujung Minggu Pasar Kitani’ yang diadakan pada setiap hari Ahad sebelah pagi bertempat di Concourse Ruang, Kawasan Letak Kereta VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Lazimnya, bagi komersial, madu yang digunakan ialah madu yang dihasilkan dari lebah kelulut jenis ‘Heterotrigona itama’ dan ‘Geniotrigona thoracica’.

Tambahan lagi, madu kelulut senang didapati di pasaran produk halal kerana ia mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam.

Pemasaran madu kelulut merupakan kaedah yang penting di Negara Brunei Darussalam kerana ia boleh menjana pendapatan untuk kampong dan individu disebabkan mempunyai nilai yang tinggi. Selain daripada itu, madu kelulut boleh menjana ekonomi Negara. Misalnya, nilai pengeluaran produk kelulut di Negara Brunei Darussalam dianggarkan berjumlah BND150,000 hingga BND200,000 setahun iaitu kira-kira BND8,000 hingga BND12,000 sebulan. 


Sijil Halal daripada Majlis Ugama Islam Brunei




Sesi melekatkan sticker



 

 

Memasukkan Madu Kelulut:


Melekatkan sticker:

Klik link dibawah bagi melihat video pemasaran:

https://drive.google.com/file/d/1qUxzcOeFwBw4JdpffMTSS_iTK6ceMpM7/view?usp=sharing


Comments

Popular Posts