Pengenalan
Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Kajian oleh Universitas Hasanuddin Makasar, Indonesia, mendapati kandungan propolis yang dihasilkan oleh lebah kelulut berkualiti tinggi dan mempunyai empat kali ganda kandungan flavonoid ( jenis antioksidan) berbanding dengan propolis lebah madu
Penternakan lebah kelulut merupakan salah satu bidang pertanian yang semakin popular di kalangan penternak serangga. Bukan sahaja mudah disediakan, malah hasilan daripada lebah kelulut khususnya madu boleh mendatangkan habuan yang lumayan kepada penternak lebah kelulut.
Comments
Post a Comment